Languages : malay | english

  • 173

    .

KAEDAH PERMOHONAN JAWATAN

Bagi mana - mana individu yang berminat untuk menyertai sesi temu duga, anda dikehendaki melengkapkan Borang Pra - Pendaftaran yang disediakan (secara Google Form) bermula 11 hingga 19 Oktober 2021 melalui pautan / QR Code di bawah:

Pautan : https://bit.ly/ekerjayapksupm

QR Code :


Calon akan menerima emel daripada pihak urus setia berhubung Penggiliran & Jadual Temu Duga beserta Pautan (link) yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak selewat - lewatnya pada 21 Oktober 2021 (Khamis). Sesi temu duga ini akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. Antara perkara yang diambil perhatian oleh calon adalah:

 

  • Calon dikehendaki menyediakan salinan lembut (softcopy) Resume / Curriculum Vitae masing - masing dalam format pdf sebelum sesi temu duga berlangsung untuk kegunaan semasa sesi temu duga kelak.
  • Platform yang akan digunakan untuk sesi temu duga adalah aplikasi Cisco Webex. Bagi memastikan kelancaran proses temu duga, calon dinasihatkan untuk memuat turun lebih awal aplikasi tersebut ke dalam peranti yang akan digunakan untuk sesi temu duga kelak. 
  • Calon dinasihatkan untuk bersedia dan masuk ke dalam meeting room melalui pautan yang diberikan 30 minit lebih awal daripada masa temu duga yang ditetapkan.
  • Anda diingatkan untuk berpakaian kemas dan sesuai untuk sesi Temu Duga.
  • Calon dinasihatkan agar mengambil perhatian keberkesanan dan fungsi video dan audio pada peranti yang digunakan agar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah ketika sesi temu duga dijalankan.

 



Latest Update : Tue, 12 Oct 2021 (lanz)